Thursday, March 18, 2010

Crazy Kuantan

Pada 31 jan lalu, afiq dan geng buat trip gila, balik hari kuantan-kl walaupun dapat overnight sahaja ( UPNM student susah dapat cuti). kami keluar dari upnm dalam pukul 10. lepas gather2 dkt taman melati, kami bertolak ke kuantan dalam pukul 11 dan sampai sana dalam pukul 1. 2 jam je... laju x? hahaha... persinggahan pertama kami, Pantai Cherating... pantai terbaik kat darat semenanjung ni... tengok la gambar2 kat bawah ye.. :) :)



Time pilih-pilih nak beli seluar



Selamat datang ke Cherating








Wednesday, January 27, 2010

Juara Tomyam , kg baru :)

Restoran ini terletak di jalan puan , kg baru, bersebelahan dengan menara perkeso. Berdekatan juga dengan menara celcom bagi mereka yg tidak tahu di mana menara perkeso kg baru sebab menara perkeso tu agak baru dekat situ. Restoran tomyam ni dah jadi restoran favourite keluarga saya sejak dulu lagi. Kalau kira-kira dah 20 tahun juga la usia kedai ni... so, kepakaran dalam resipi tomyam ni mmg tidak asing lagi lah.. Kalau tanya orang-orang lama di kuala lumpur, inilah antara kedai tomyam yang mula-mula bertapak dekat bumi kuala lumpur ni


Harga- harga dia pun tak la mahal mana. Standard kedai melayu biasa la, padan dengan kualiti makanan dia. Antara lauk-lauk yang selalu kami ambil macam daging merah, kailan ikan masin, telur bungkus, udang goreng tepung dan lala masak cili. Kalau banyak duit, try la ikan siakap stim dia.. memang best la.




Yang gambar kat atas ni lala masak pedas.. nampak sedap kan :) saya memang gemar lala ni
kalau masakan dia kena.. nyam2 :)



Yang ni pula daging merah.. must have dalam senarai lauk keluarga kami. Dah bertahun-tahun kami makan di sini, daging yang dimasak memang lembut, juicy :P, jarang la menghampakan kami..


Ni sotong masak pedas, lauk ni memang laku... paling cepat diratah oleh semua.. hehe


Makan seafood tomyam ni memang serba tak jadi kalau tak order telur bungkus, bagi kami, memang kami prefer telur bungkus dari telur masakan lain macam beefstik dan mata kerbau, dalam dia ada isi.. lazat lazat lazat... kalau datang jangan miss menu ni taw ! penambah selera..

Macam mana nk order tomyam ek? tomyam dia kita just mintak untuk berapa orang, then waiter akan tanya, nak kuah merah or putih.. Yang putih memang sedap hirup dan sesuai untuk mereka yang kurang gemar pedas2.. kalau yang merah, memang pure la orang kata.. pedas sikit, hirup sedap.. tapi beware, tanya la perut masing2.. hehehe Yang merah ni memang sedap makan dengan nasi.. saya suka yang merah ni.. memang oomph. Opps, sebelum terlupa, ada beberapa jenis tomyam yang perlu anda pilih, kami suka tomyam campur... semua isi ada.. huuuui , sedap..

Selain tomyam, makanan lain pun diorder ikut kuantiti pemakannya.. ada harganya dalam menu di bawah ni. Kalau ikan pula ikut harga saiz.



Jangan risau tentang kedai ni, memang bumputera punya, semuanya mesra-mesra belaka. Kalu musim puasa, memang penuh la meja, orang booking meja dari pagi lagi. No telefon dan alamat ada seperti dalam gambar di atas.

Jadi, apa lagi ? Bagi yang rasa-rasa nak try kedai tomyam baru.. try2 la.. x jauh pun. Kedai dia berdekatan juga dengan petronas kampung baru. memang jauh la dari kawasan kedai yang banyak2 dekat sekitar nasi lemak antarabangsa yang dikenali ramai tu.. Jalan pun tak sibuk sangat, senang parking... jom- jom makan :)

Tuesday, January 26, 2010

Wahab Cendol

Pada hari jumaat lepas bersamaan 22 jan 2010, kami warga upnm dibenarkn pulang disebabkn krisis air di kampus. Petang tu, saya , adie dan huzekri ke taman melawati untuk urusan bank. Semua urusan habis dalam pukul 4, masa awal lagi..so.. saya buat keputusan untuk try satu kedai baru di sri rampai. Wahab Cendol.. mari kita lihat..

Kedai ini terletak di kawasan kedai baru Sri Rampai berdekatan Wangsa Maju. Cendol dia memang famous kat area Wangsa Maju ni. Orang area sini memang kenal sangat la kedai ni sebab sebelum buka kedai ni, tauke dia dah niaga dekat tepi tasik seri rampai tu.. Memang da lama sangat la.. 20 tahun ada kot.

Menu dia yang utama tentulah cendol. Cendol dia pula ada macam2 jenis. Rojak pun ada. Tengok menu dia kat bawah ye..

Selain cendol, ada juga nasi lemak dan pelbagai lagi makanan yg ringkas2.. boleh la anda semua nak try2.. mmg kenyang la makan cendol dia. Pelanggan dia pulak terdiri dari pelbagai lapisan umur, makcik2 pun ada..
i
Tengok cendol kt atas, yang ini cendol special , RM 4.50 kalau tak silap. You all try la.. berbaloi dengan harga, kenyang :)

Wednesday, January 20, 2010

Bienvenidos A Mi Blog

Welcome to my very first blog. This is my first experience having this such type of electronic diary/journal. First of all, i want to thank Ms Safiyah and her mom, umi Wan Haiza for introducing me this sparkling attractive multimedia tabloid, credits to them. At first, i just think blog as an electronic version of diary, but then after viewing their blog almost everyday, i realized the important of it in this fast growing atomic world. Blog can be use for diplomatic, business, social, sports, information, news, tourism, education and unlimitedly more. Through this fresh blog, i will bring you closer to my real life , telling my life experience, my great journey in this hard rock challenging world. El granje viaje de Anhar afiq means the great journey of afiq anhar. Thanks for reading my very first words. Wait for my next thread. Gracias..